PENGENALAN


Perpustakaan Desa Pekan Darat telah dibuka pada tahun 1991 oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ( PERDA ).Pada tahun 1998 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah mengambil alih perpustakaan ini daripada PERDA.
Perpustakaan ini terletak di Dewan Gerakan Masyarakat Kampung Tradisional Pekan Darat berhadapan dengan kilang padi Permatang Tok Jaya.
Perpustakaan ini berhampiran dengan kawasan kampung,sekolah rendah dan sekolah menengah.Kedudukan perpustakaan yang strategik menjadi tumpuan komuniti di sini.
Sehingga kini Perpustakaan ini mempunyai lebih 4,000 naskah bahan bacaan seperti buku,majalah,akhbar serta beberapa jenis permainan dalam untuk dimanfaatkan oleh pengguna.Aktiviti tambahan juga di adakan setiap minggu kepada pengguna seperti mewarna , bercerita , kraftangan , kuiz.

Wednesday 24 October 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDILAHDA 2012
 Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Friday 12 October 2012

BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan suatu program yang memfokuskan kempen cintai bahasa Melayu yang dipelopori penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik masyarakat berbilang bangsa khususnya di Malaysia agar dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan negara tersebut dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh memaju ke arah kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik.
Program Bulan bahasa Kebangsaan (BBK) dijalankan sepanjang bulan Oktober setiap tahun, pelbagai pengisian program telah dirangka oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pusat dan negeri sepanjang tempoh pelaksanaannya.
Tujuan utama penganjuran program ini adalah:
  1. Untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
  2. Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
  3. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
  4. Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.