Dalam Bulan Ramadhan ni lah kita digalakkan melipat gandakan segala amalan kebaikan dan mengurangkan segala perbuatan yang sia-sia. Syaitan-syaitan semua kan dah kena ikat. Jadi rangsangan nafsu untuk melakukan dosa pun dah berkurangan berbanding bulan-bulan lain. Kalau buat jugak, jangan salahkan syaitan la ye. Salahkan diri sendiri.
Di kesempatan ni, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat Islam seluruh dunia. Dan sama-sama kita jadikan Bulan Ramadhan ni lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. InsyaAllah.