![]() |
SELAMAT HARI RAYA AIDILAHDA 2012 |
PENGENALAN
Perpustakaan Desa Pekan Darat telah dibuka pada tahun 1991 oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ( PERDA ).Pada tahun 1998 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah mengambil alih perpustakaan ini daripada PERDA.
Perpustakaan ini terletak di Dewan Gerakan Masyarakat Kampung Tradisional Pekan Darat berhadapan dengan kilang padi Permatang Tok Jaya.
Perpustakaan ini berhampiran dengan kawasan kampung,sekolah rendah dan sekolah menengah.Kedudukan perpustakaan yang strategik menjadi tumpuan komuniti di sini.
Sehingga kini Perpustakaan ini mempunyai lebih 4,000 naskah bahan bacaan seperti buku,majalah,akhbar serta beberapa jenis permainan dalam untuk dimanfaatkan oleh pengguna.Aktiviti tambahan juga di adakan setiap minggu kepada pengguna seperti mewarna , bercerita , kraftangan , kuiz.

Wednesday, 24 October 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Friday, 12 October 2012
BULAN BAHASA KEBANGSAAN
Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan suatu program yang memfokuskan kempen cintai bahasa Melayu yang dipelopori penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik masyarakat berbilang bangsa khususnya di Malaysia
agar dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan
negara tersebut dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh memaju ke
arah kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal
dan realistik.
Program Bulan bahasa Kebangsaan (BBK) dijalankan sepanjang bulan Oktober setiap tahun, pelbagai pengisian program telah dirangka oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pusat dan negeri sepanjang tempoh pelaksanaannya.
Tujuan utama penganjuran program ini adalah:

- Untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
- Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
- Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
- Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.
Tuesday, 28 August 2012
Tuesday, 14 August 2012
Friday, 20 July 2012
Tuesday, 26 June 2012
Bahaya Chalie / Kumbang Rove
Nama
Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dan lain-lain)
Spesies: Dianggarkan sekitar 47 000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.

Morfologi
Mempunyai
saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan
gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna
gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai
sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah
sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas.
Selalunya, serangga ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan
sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih
menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian
abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.
Habitat
dan Tabiat Makanan
Serangga ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara
rumput dll. Ia
merupakan
serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia
merupakan
serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk
mengawal
serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , serangga ini
akan
berhijrah ke
kawasan yang lebih kering.
Kesan
Pada Manusia
Cecair
hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) serangga ini
mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin
ini dikenali sebagai 'pederin' C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun
1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada
venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan
selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. bergerak atau
tidur atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan
konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai
'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/staphylinidae)
dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September
2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove
telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama
pelajar di Pulau Pinang.
Nasihat
Kepada Punduduk Yg Dijangkiti
Oleh
kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup
atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa
epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus,
semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya.
Jangan
duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul serangga ini
jika terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya.
Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang
bersentuhan dengan sabun dan air.Sesiapa
yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan
perubatan.
Tuesday, 22 May 2012
Tuesday, 8 May 2012
PPAPP Perpustakaan Cemerlang PPM 2011
PPAPP telah dipilih sebagai Perpustakaan Cemerlang PPM 2011 bagi
kategori perpustakaan sederhana pada satu majlis yang diadakan di Kuala
Lumpur pada 7 Mei 2012.
Wednesday, 25 April 2012
Promosi Bulan April
Tuesday, 24 April 2012
Wednesday, 18 April 2012
Karnival Rakyat Tok Jaya
Monday, 16 April 2012
Melukis Ilustrasi Kulit Buku
Wednesday, 28 March 2012
Promosi Bulan Mac 2012
Thursday, 8 March 2012
Karnival Makanan Tradisional
Subscribe to:
Posts (Atom)