Nama
Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dan lain-lain)
Spesies: Dianggarkan sekitar 47 000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dan lain-lain)
Spesies: Dianggarkan sekitar 47 000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.
Morfologi
Mempunyai
saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan
gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna
gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai
sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah
sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas.
Selalunya, serangga ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan
sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih
menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian
abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.
Habitat
dan Tabiat Makanan
Serangga ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara
rumput dll. Ia
merupakan
serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia
merupakan
serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk
mengawal
serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , serangga ini
akan
berhijrah ke
kawasan yang lebih kering.
Kesan
Pada Manusia
Cecair
hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) serangga ini
mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin
ini dikenali sebagai 'pederin' C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun
1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada
venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan
selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. bergerak atau
tidur atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan
konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai
'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/staphylinidae)
dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September
2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove
telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama
pelajar di Pulau Pinang.
Nasihat
Kepada Punduduk Yg Dijangkiti
Oleh
kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup
atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa
epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus,
semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya.
Jangan
duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul serangga ini
jika terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya.
Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang
bersentuhan dengan sabun dan air.Sesiapa
yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan
perubatan.