Program Bulan bahasa Kebangsaan (BBK) dijalankan sepanjang bulan Oktober setiap tahun, pelbagai pengisian program telah dirangka oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pusat dan negeri sepanjang tempoh pelaksanaannya.
Tujuan utama penganjuran program ini adalah:
- Untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
- Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
- Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
- Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.
No comments:
Post a Comment