PENGENALAN


Perpustakaan Desa Pekan Darat telah dibuka pada tahun 1991 oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ( PERDA ).Pada tahun 1998 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah mengambil alih perpustakaan ini daripada PERDA.
Perpustakaan ini terletak di Dewan Gerakan Masyarakat Kampung Tradisional Pekan Darat berhadapan dengan kilang padi Permatang Tok Jaya.
Perpustakaan ini berhampiran dengan kawasan kampung,sekolah rendah dan sekolah menengah.Kedudukan perpustakaan yang strategik menjadi tumpuan komuniti di sini.
Sehingga kini Perpustakaan ini mempunyai lebih 4,000 naskah bahan bacaan seperti buku,majalah,akhbar serta beberapa jenis permainan dalam untuk dimanfaatkan oleh pengguna.Aktiviti tambahan juga di adakan setiap minggu kepada pengguna seperti mewarna , bercerita , kraftangan , kuiz.

Thursday 28 July 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


Dalam Bulan Ramadhan ni lah kita digalakkan melipat gandakan segala amalan kebaikan dan mengurangkan segala perbuatan yang sia-sia. Syaitan-syaitan semua kan dah kena ikat. Jadi rangsangan nafsu untuk melakukan dosa pun dah berkurangan berbanding bulan-bulan lain. Kalau buat jugak, jangan salahkan syaitan la ye. Salahkan diri sendiri.
Di kesempatan ni, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan kepada semua umat Islam seluruh dunia. Dan sama-sama kita jadikan Bulan Ramadhan ni lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. InsyaAllah.



PROMOSI DAN AKTIVITI

Promosi dan aktiviti galakan membaca di
Tabika Kemas Permatang Tok Bidan pada 28/07/2011









PROMOSI DAN AKTIVITI

Promosi dan aktiviti galakan membaca di Tabika Kemas Permatang Tok Jaya
pada 27/07/2011





Saturday 16 July 2011

AKTIVITI MINGGUAN 16/07/2011






Antara hasil aktiviti yang disiapkan oleh peserta.Aktiviti mewarna ikan kesayangan
mendapat penyertaan seramai 18 peserta.

Friday 15 July 2011

KARNIVAL SEHARI BERSAMA PERPUSTAKAAN










Kavnival Sehari Bersama Perpustakaan Diadakan pada 15/07/2010 ( Jumaat ).
Sambutan amat mengalakan daripada pengguna perpustakaan seluruh Pulau Pinang.

Tuesday 12 July 2011

Aktiviti Mingguan 06/07/2011

Aktiviti reka bentuk menggunakan plastersin





Aktiviti ini dijalankan pada hari Rabu.06/07/2011.kurang mendapat sambutan sebab ramai yang ke sekolah ( KAFA )