PENGENALAN


Perpustakaan Desa Pekan Darat telah dibuka pada tahun 1991 oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ( PERDA ).Pada tahun 1998 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah mengambil alih perpustakaan ini daripada PERDA.
Perpustakaan ini terletak di Dewan Gerakan Masyarakat Kampung Tradisional Pekan Darat berhadapan dengan kilang padi Permatang Tok Jaya.
Perpustakaan ini berhampiran dengan kawasan kampung,sekolah rendah dan sekolah menengah.Kedudukan perpustakaan yang strategik menjadi tumpuan komuniti di sini.
Sehingga kini Perpustakaan ini mempunyai lebih 4,000 naskah bahan bacaan seperti buku,majalah,akhbar serta beberapa jenis permainan dalam untuk dimanfaatkan oleh pengguna.Aktiviti tambahan juga di adakan setiap minggu kepada pengguna seperti mewarna , bercerita , kraftangan , kuiz.

Wednesday 24 October 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

SELAMAT HARI RAYA AIDILAHDA 2012
 Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Friday 12 October 2012

BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan suatu program yang memfokuskan kempen cintai bahasa Melayu yang dipelopori penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik masyarakat berbilang bangsa khususnya di Malaysia agar dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan negara tersebut dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh memaju ke arah kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik.
Program Bulan bahasa Kebangsaan (BBK) dijalankan sepanjang bulan Oktober setiap tahun, pelbagai pengisian program telah dirangka oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pusat dan negeri sepanjang tempoh pelaksanaannya.
Tujuan utama penganjuran program ini adalah:
  1. Untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
  2. Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
  3. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
  4. Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

Tuesday 26 June 2012

Bahaya Chalie / Kumbang Rove



Nama Am: Kumbang Rove
Nama Saintifik : Staphylinidae (Insecta: Coleoptera: Staphylinidae)
Nama Tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie dan lain-lain)
Spesies: Dianggarkan sekitar 47 000 Spesies
Habitat: Sawah padi dan padang sekolah.

Morfologi
Mempunyai saiz kurang daripada 1 cm panjang. Badannya berwarna kuning kemerahan gelap manakala bahagian atas, bawah abdomen dan kepala berwarna gelap. Bahagian tengah abdomen yang berwarna hijau tua mempunyai sepasang sayap keras dikenali sebagai "elitron". Di bawah sayap keras ini terdapat sepasang sayap lutsinar yang dilipat kemas. Selalunya, serangga ini kelihatan merangkak dengan pantas di kawasan sekeliling dengan menyembunyikan sayapnya dan sekali pandang ia lebih menyerupai semut. Apabila diganggu kumbang ini akan menaikan bahagian abdomen supaya kelihatan seperti kalajengking untuk menakutkan musuh.

Habitat dan Tabiat Makanan
Serangga ini boleh ditemui di kawasan sawah padi, padang sekolah - antara rumput dll. Ia
merupakan serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia
merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk
mengawal serangga perosak padi. Semasa hujan lebat atau banjir , serangga ini akan
berhijrah ke kawasan yang lebih kering.
Kesan Pada Manusia
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) serangga ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. bergerak atau tidur atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang.
Nasihat Kepada Punduduk Yg Dijangkiti
Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul serangga ini jika terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air.Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.

Tuesday 8 May 2012

PPAPP Perpustakaan Cemerlang PPM 2011

PPAPP telah dipilih sebagai Perpustakaan Cemerlang PPM 2011 bagi kategori perpustakaan sederhana pada satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur pada 7 Mei 2012.

Wednesday 25 April 2012

Promosi Bulan April


05/04/2012 - Tabika Tadis Bagan Tambang













15/04/2012 - Permatang Tok Jaya












24/04/2012 - Sek.Keb.Lahar Kepar









28/04/2012 - Program Jalinan Kasih Tautan Ukhwah





Wednesday 18 April 2012

Karnival Rakyat Tok Jaya










Karnival Rakyat Tok Jaya
Tarikh : 15/04/2012
Masa : 8.30 - 12.30 
Tempat : Dewan Perda Pmtg Tok Jaya

Terima kasih kepada kawan-kawan yang membantu saya menjalankan program bersama komuniti.

Monday 16 April 2012

Melukis Ilustrasi Kulit Buku





Aktiviti melukis dan mewarna Ilustrasi Kulit Buku bersama rakan perpustakaan.Terima kasih kepada rakan perpustakaan yang terlibat dalam menjayakan projek buku gergasi ini.

Wednesday 28 March 2012

Promosi Bulan Mac 2012

01/03/2012 - TABIKA KEMAS BAGAN BELAT










14/03/2012 - TABIKA PERPADUAN TMN TUN DR AWANG










27/03/2012 - TABIKA KEMAS PMTG BINJAI



Thursday 8 March 2012

Karnival Makanan Tradisional







Karnival Makanan Tradisional Tahun 2012
Tempat : Padang Awam Kampung Kota Aur
Tarikh : 03/03/2012 ( Sabtu )