PENGENALAN


Perpustakaan Desa Pekan Darat telah dibuka pada tahun 1991 oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ( PERDA ).Pada tahun 1998 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah mengambil alih perpustakaan ini daripada PERDA.
Perpustakaan ini terletak di Dewan Gerakan Masyarakat Kampung Tradisional Pekan Darat berhadapan dengan kilang padi Permatang Tok Jaya.
Perpustakaan ini berhampiran dengan kawasan kampung,sekolah rendah dan sekolah menengah.Kedudukan perpustakaan yang strategik menjadi tumpuan komuniti di sini.
Sehingga kini Perpustakaan ini mempunyai lebih 4,000 naskah bahan bacaan seperti buku,majalah,akhbar serta beberapa jenis permainan dalam untuk dimanfaatkan oleh pengguna.Aktiviti tambahan juga di adakan setiap minggu kepada pengguna seperti mewarna , bercerita , kraftangan , kuiz.

Tuesday 29 November 2011

Sedetik Kita Bertemu Anjuran Pejabat Daerah dan Tanah SPU

 Pada 12/11/2011 Pejabat Daerah dan Tanah Mengadakan Program Sedetik Kita Bertemu.Menyertai Program Info Race bersama Pn Rosnaliza, Pn Syarmila, Pn Suhailawati dan Pn Maziah.

 

Pertandingan mewarna dan promosi di Tapak Ekspo


Pertandingan mewarna dan promosi pada 29/10/2011.Pertandingan Mewarna diadakan pada sebelah pagi dan promosi pada sebelah petang.