PENGENALAN


Perpustakaan Desa Pekan Darat telah dibuka pada tahun 1991 oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ( PERDA ).Pada tahun 1998 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah mengambil alih perpustakaan ini daripada PERDA.
Perpustakaan ini terletak di Dewan Gerakan Masyarakat Kampung Tradisional Pekan Darat berhadapan dengan kilang padi Permatang Tok Jaya.
Perpustakaan ini berhampiran dengan kawasan kampung,sekolah rendah dan sekolah menengah.Kedudukan perpustakaan yang strategik menjadi tumpuan komuniti di sini.
Sehingga kini Perpustakaan ini mempunyai lebih 4,000 naskah bahan bacaan seperti buku,majalah,akhbar serta beberapa jenis permainan dalam untuk dimanfaatkan oleh pengguna.Aktiviti tambahan juga di adakan setiap minggu kepada pengguna seperti mewarna , bercerita , kraftangan , kuiz.

Saturday 13 April 2013

SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAKCIPTA SEDUNIA

SAMBUTAN HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA

TARIKH : 19/04/2013 - 23/04/2013
TEMPAT : PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PULAU PINANG

Tuesday 2 April 2013

KERJA KURSUS SEJARAH PMR 2013

Berikut ialah antara bahan yang boleh dikongsikan bersama untuk rujukan
     Tajuk – kegiatan ekonomi tradisional
 
            Fokus - pengusaha
Definisi
  1. -          Bersifat setempat
  2. -          Pada skala kecil-kecilan
  3. -          Mendapat pulangan/ hasil yang kecil
  4. -          Menjadi punca pendapatan keluarga sahaja
  5. -          Menggunakan teknologi rendah/ mudah/ mesin kecil
  6. -          Tenaga kerja yang diperlukan setakat ahli keluarga/ penduduk setempat
  7. -          Menggunakan modal yang kecil
  8. -          Tidak diusahakan secara besar-besaran/ komersial
Skop
1     Makanan
a.       Sate
b.      Nasi kandar
c.       Nasi kerabu
d.      Nasi dagang
e.       Kuih muih tradisional
f.       Ikan masin/ ikan kering/ ikan bilis
g.      Keropok/ keropok lekor
h.      Budu
i.        Belacan
j.        Cencalok
k.      Gula melaka
l.        Bahulu
m.    Tempoyak
n.      Cendol
o.      Putu mayam
p.      Nasi ambang ( Johor )
     Perkhidmatan dan perubatan
a.       Minyak angin
b.      Minyak urut
c.       Minyak gamat
d.      Mak andam tradisional
e.       Bidan kampung
f.       Bomoh/ manang
g.      Tukang gunting
h.      Pencari madu lebah
i.        Portar
j.        Tukang
3      Pertanian
a.       Pekebun ( sayur/ ubi/ keladi/ keledek/ jagung / pisang )
b.      Penoreh getah
c.       Pesawah
d.      Penternak
e.       Nelayan
f.       Pengusaha rumpai laut
4       Pertukangan
a.       Tukang rumah
b.      Tukang jahit
c.       Tukang tenun
d.      Tukang emas/ perak/ tembaga
e.       Tukang besi ( buat parang/ pedang/ pisau / kerambit/ hiasan )
f.       Tukang kasut
g.      Tukang buat kepok batu nesan
h.      Pembuat kompang
     Kraftangan
a.       Pembuat wau
b.      Pengukir mutiara
c.       Pengusaha labu sayung
d.      Anyaman
e.       Karangan laut
f.       Pembuat tikar
g.      Pengusaha bakul
h.      Pengusaha tudung saji
i.        Pembatik
     Perniagaan kecil-kecilan
a.       Penjaja
b.      Peniaga pasar malam
c.       Peniaga pasar tamu/ tani/ pekan sehari
d.       Pengusaha santan
    Perlombongan
a.       pelombong   emas/ bijih timah/ besi tradisonal

SUMBER DARI : http://cikgurazak.blogspot.com/