PENGENALAN


Perpustakaan Desa Pekan Darat telah dibuka pada tahun 1991 oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang ( PERDA ).Pada tahun 1998 Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang telah mengambil alih perpustakaan ini daripada PERDA.
Perpustakaan ini terletak di Dewan Gerakan Masyarakat Kampung Tradisional Pekan Darat berhadapan dengan kilang padi Permatang Tok Jaya.
Perpustakaan ini berhampiran dengan kawasan kampung,sekolah rendah dan sekolah menengah.Kedudukan perpustakaan yang strategik menjadi tumpuan komuniti di sini.
Sehingga kini Perpustakaan ini mempunyai lebih 4,000 naskah bahan bacaan seperti buku,majalah,akhbar serta beberapa jenis permainan dalam untuk dimanfaatkan oleh pengguna.Aktiviti tambahan juga di adakan setiap minggu kepada pengguna seperti mewarna , bercerita , kraftangan , kuiz.

Thursday 1 December 2011

KARNIVAL BUKU PULAU PINANG 2011

 
Sukacita dimaklumkan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) akan mengadakan Karnival Buku Pulau Pinang 2011 bersama Syarikat Adam pada hari dan waktu yang ditetapkan.
Tarikh : 03 Dis - 11 Dis 2011
Jam : 10.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : Perpustakaan Negeri Seberang Jaya (ruang legar PPAPP )

Pelbagai buku-buku seperti novel dewasa, buku agama, buku masakan, buku latihan serta rujukan, buku dewasa dan buku sekolah kanak-kanak dijual dengan harga RUNTUH sehingga
70%.
Semua ahli serta pengguna perpustakaan dijemput untuk beramai-ramai memeriahkan lagi Karnival Buku 2011
 



SEBARANG PERTANYAAN MENGENAI AKTIVITI PERPUSTAKAAN, SILA HUBUNGI
TEL : 04-3971058







Majlis Sekalung Budi


Majlis Sekalung Budi diadakan pada 17/11/2011 (8.00 malam - 11.30 malam ) semperna persaraan Puan Shukriah binti Haji Yon ( Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang ) dan En Mohd Rozi ( Pembantu Perpustakaan ).